Mylène Jampanoï
Mylène Jampanoï

Mylène Jampanoï

Mylène Jampanoï (lahir 12 Julai 1980) ialah seorang pelakon dan model Perancis. Bapanya memiliki keturunan Cina dan ibunya dari suku Breton Perancis.[1][2][3][4][5] Beliau berkahwin dengan supermodel dan pelakonbIndia Milind Soman,[6] di Goa pada 2006. Mereka bertemu semasa penggambaran filem Valley of Flowers. Kedua-duanya bercerai pada 2009.[7] Beliau terkenal dengan peranannya dalam filem seram berjudul Martyrs.[8] Pada tahun 2007, beliau menjadi wajah kosmetik Dior Snow di Asia untuk LVMH dan melakukan perjalanan ke Jepun dan Korea Selatan untuk mewakili jenama tersebut. Beliau telah muncul di muka hadapan majalah Asian Elle.[9]

Mylène Jampanoï

Pekerjaan Pelakon dan model
Pasangan Milind Soman (k. 2006; c. 2009)
Tahun aktif 2002–kini
Kelahiran (1980-07-12) 12 Julai 1980 (umur 39)
Aix-en-Provence, Perancis